SUBTOPIK : BEKERJA DENGAN AZAM MENGABADIKAN DIRI KERANA ALLAH
:BEKERJA DENGAN HATI YANG IKHLAS DAN AMANAH
: SYARAT MENDAPATKAN SYURGA DENGAN BEKERJA
:BEKERJA DENGAN SEMANGAT GOTONG ROYONG DAN BERPADU
: BERSYUKUR :BEKERJA DENGAN HATI YANG IKHLAS DAN AMANAH
: SYARAT MENDAPATKAN SYURGA DENGAN BEKERJA
:BEKERJA DENGAN SEMANGAT GOTONG ROYONG DAN BERPADU
ANTARA ETIKA KERJA YANG PERTAMA➤
(Bekerja Dengan Azam Mengabdikan Diri Kerana Allah)
Sabda Rasulullah S.A.W telah bermaksud :
"Orang yang mencari penghidupan itu adalah kawan Tuhan"
(Riwayat Al-Bukhari)
➯Dengan memahami maksud hadis ini dan menyedari bahawa bekerja itu sebagai IBADAT maka sewajarnyalah bagi setiap pekerja berusaha menunaikan tugasnya dengan sebaik baiknya demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat kelak.
⇨ sewajarnyalah bagi setiap pekerja berusaha menunaikan tugasnya dengan sebaik-baiknya demi kebahagian hidup di dunia dan di akhirat kelak.
ETIKA KERJA KEDUA➤
(Bekerja Dengan Hati Ikhlas Dan Amanah)
"sesungguhnya ALLAH menyuruh kamu menunaikan amanah
kepada yang berhak menerimanya"
(An-Nisa' :58)
&
"Wahai orang beriman ,sempurnakanlah janjimu"
(Al-Maidah :1)
"Hadith Rasulullah S.A.W juga menegaskan dengan maksud :
↷ Sesiapa menipu bukanlah ia dari golongan kami. (RIWAYAT MUSLIM)
↬Pepatah melayu ada mengatakan :
"Kerbau dipegang pada talinya,manusia dipegang pada janjinya"
➯Pepatah ini membayangkan bahawa manusia yang menipu itu adalah lebih hina daripada kerbau.
DALAM PEKERJAAN ISLAM SANGAT MENITIKBERATKAN KUALITI DAN KEBERHASILAN SESUATU KERJA YANG DILAKUKAN.
MAKA SIFAT AMANAH PERLU DITERAPKAN DAN DIPRAKTIKKAN OLEH INDIVIDU YANG BEKERJA BAGI MEMASTIKAN SETIAP PEKERJAAN YANG DILAKUKAN MENEPATI KUALITI YANG DIHARAPKAN DAN PADA MASA YANG SAMA IANYA MENGIKUT SYARIAH .
ETIKA BERKERJA YANG KETIGA➤
(Syarat Mendapatkan Syurga Dengan Bekerja)
(a)Menjaga etika sebagai seorang muslim
🔀 Bekerja juga harus memperhatikan adab dan etika sebagai seorang muslim ,seperti etika dalam berbicara ,menegur,berpakaian,bergaul,makan,minum dan sebagainya.Bahkan akhlak atau etika ini merupakan ciri kesempurnaan iman seorang mukmin.
Dalam sebuah hadits Rasulullah SAW bersabda ;
"Sesempurna-sempurnya keimanan seseorang mukmin adalah yang paling baik akhlaknya"
(HR.Thurmudzi)
(b)Tidak melanggar Prinsip-prinsip Syariah
🔀Tidak melanggar prinsip syariah ini dapat dibahagi menjadi beberapa hal seperti :
⇰Pertama dari sisi zat atau subtansi dari pekerjaannya,seperti memproduksi tidak boleh barang yang haram,mengandung unsur riba dan gharar.
⇰Kedua dari sisi penunjang yang tiadak terkait langsung dengan pekerjaan seperti membuat fitnah dalam persaingan ,tidak menutup aurat,ikhtilat antara laki dan perempuan .
ETIKA BEKERJA KEEMPAT➤
Firman ALLAH juga menegaskan dengan maksud :
"Dan tolong menolonglahkaumu dalam mengerjakan kebajikan"
(Al-Maidah :2)
PERBINCANGAN DIGALAKKAN DISAMPING BERGOTONG ROYONG MENYELESAIKAN MASALAH PERKERJAAN SEPERTI MENGADAKAN MESYUARAT.
💗Dalam kehidupan seharian,jika rujuk dalam islam ,dalam membuat keputusan seeloknya di buat dengan mesyuarat.Nabi dah ajar sahabat bermusyuarat ,dalam al-quran ada surat khas tentang mesyuarat iaitu Surah Asy-Syura yang diturunkan di Mekah
Adab bermesyuarat:-
(a)memulakan majlis dengan memuji dan memuja ALLAH serta berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
(b)Perlu ada seorang ketua (Amir mersyuarat dan ahli dalam mesyuarat).
(c)Tidak memperkatakan di dalamnya melainkan kebaikan sahaja.
(d) Tidak duduk diantara 2 orang melainkan dengan izin.
(e)Memelihara lidah daripada perkataan yang menyakitkan.
(f)Jangan sesekali memotong ahli yang tengah memberi pendapat atau cadangan.
ETIKA KERJA YANG TERAKHIR➤
(Bersyukur)
Dan sesungguhnya telah kami berikan hikmah kepada Luqman iaitu:-
"Bersyukurlah kepada ALLAH.Dan barang siapa yang bersyukur ,maka sesungguhnya ia bersyukur untukdirinya sendiri dan barang siapa yang tidak bersykur ,maka sessungguhnya ALLAH Maha Kaya lagi Maha Terpuji"
(QS.Luqman :12)
⃕Janganlah sesekali kita mengeluh⃔
KALAU ANDA TERMASUK DALAM GOLONGAN ORANG YANG SUKA MENGELUH MAKA KETAHUILAH BAHAWA KEBIASAAN MENGELUH TIDAK AKAN MENDATANG KEBAIKAN .
⤷Jadi cara mengatasinya adalah kita perlu BERSYUKUR dalam apa jua keadaan .Percayalah bahawa di balik semua yang yang kita keluhkan ada hal yang kita patut syukuri.
⤷semakin banyak kita bersyukur atas apa yang kita miliki ,maka semakin banyak hal yang akan kita miliki untuk di syukuri.
"JANGAN SESEKALI ANDA MENGELUH .TUTUPLAH MATA ANDA DAN TARIK NAFAS PANJANG PANJANG LALU HEMBUSKAN.BUKA MATA ANDA KEMBALI DAN TERSENYUMLAH DAN FIKIRKANLAH BAHAWA ANDA AKAN BERSYKUR ATAS APA YANG ANDA LALUI SEKARANG"
No comments:
Post a Comment