Thursday, 1 February 2018

5.4 TANGGUNGJAWAB MAJIKAN DALAM ETIKA KERJA DALAM ISLAM

  TANGGUNGJAWAB MAJIKAN





   Benarkah majikan yang mementingkan etika kerja menurut islam dapat melahirkan sebuah organisasi yang berjaya dan cemerlang ?


Ye betul, bukan sahaja dapat melahirkan sebuah organisasi yang berjaya dan cemerlang bahkan pula mendapat keberkatan  daripada Allah SWT.
   




Antara tanggungjawab majikan adalah :                                      

                                            

1.Pemilihan Pekerja yang Berkelayakan 

 -Majikan perlu memilih pekerja yang benar-benar sesuai dan layak dengan tugas yang bakal diberikan kepadanya.
-Majikan perlu memilih pekeja yang terdiri daripada pekerja islam. Hal ini kerana, hanya pekerja islam yang dapat memahami dan boleh mempraktiskan segala kerja yang diamanahkan berdasarkan ajaran yang ditetapkan islam.
  

2.Pemberian Ganjaran yang Berpatutan 

 -Seorang pekerja seharusnya mendapat upah atau gaji yang berpatutan dengan tugas yang dilakukan mereka. 
-Perbuatan mengeksplotasi & mengkhianati pekerja dengan membebaninya lebih daripada yang  sepatutnya adalah bercanggah dengan prinsip dan etika islam.Hubungan antara majikan dengan pekerja ialah jalinan silaturahim yang kukuh & mesra supaya suasana harmoni & peradaban akan terserlah dalam sebuah organisasi kerja. 


3.Menunaikan Hak kebajikan kepada pekerja : 

-Majikan harus memberi ihsan, belas kasihan, bertimbang rasa, bertolak ansur & berperikemanusiaan terhadap pekerjanya.
-Tujuan kebajikan dalam islam adalah untuk meringankan beban yang ditanggung & mengurangkan tekanan psikologi pekerja dalam menghadapi masalah peribadi yang mempengaruhi prestasi kerja mereka.




4. Pengawasan & Kawalan Pekerja
 -Prinsip ini memberikan hak kepada pengurus untuk mengawal prestasi  & kelakuan pekerja semasa mereka bekerja
 -Pekerja yang malas akan mengambil kesempatan melakukan kerja yang tidak berfaedah kepada organisasi sekiranya tidak diawasi seperti melayari internetv, tidak produktif atau sengaje melengeg-lengehkan kerja. 

   




No comments:

Post a Comment

KOMUNIKASI LISAN DAN BUKAN LISAN & ETIKA KOMUNIKASI DALAM ISLAM

DEFINISI KOMUNIKASI ➦ Secara umum , komunikasi adalah proses penyampaian atau pemindahan masej daripada seorang kepadi yang lain. Ia ...