Thursday, 1 February 2018

KOMUNIKASI LISAN DAN BUKAN LISAN & ETIKA KOMUNIKASI DALAM ISLAM




DEFINISI KOMUNIKASI Secara umum , komunikasi adalah proses penyampaian atau pemindahan masej daripada seorang kepadi yang lain. Ia juga adalah proses mewujudkan kefahaman orang lain mengenai mesej yang disampaikan dan kedua-duanya mempunyai kefahaman yang dikongsi bersama.


                            

                                 ETIKA KOMUNIKASI DALAM ISLAM



1. QAULAN BALIGHA.( Lugas, efektif).

⤿Kata baligh berarti tepat, lugas, fasih, dan jelas maknanya. Qaulan Baligha artinya menggunakan kata-kata yang efektif, tepat sasaran, komunikatif, mudah dimengerti, langsung ke pokok masalah (straight to the point), dan tidak berbelit-belit .



2.QAULAN LAYINA. (Lemah-lembut).

⤿Qaulan Layina berarti pembicaraan yang lemah-lembut, dengan suara yang enak didengar, dan penuh keramahan, sehingga dapat menyentuh hati. Dalam Tafsir Ibnu Katsir disebutkan, yang dimaksud layina ialah kata kata sindiran, bukan dengan kata kata terus terang atau lugas, apalagi kasar.



3. QAULAN MA’RUFA.( Kata-kata yang baik/sopan.)


⤿Qaulan Ma’rufa artinya perkataan yang baik, ungkapan yang pantas, santun, menggunakan sindiran (tidak kasar), dan tidak menyakitkan atau menyinggung perasaan. Qaulan Ma’rufa juga bermakna pembicaraan yang bermanfaat dan menimbulkan kebaikan (maslahat).                  











  
                                     

TANGGUNGJAWAB PEKERJA





1.Amanah

   -Seorang pekerja perlu mempunyai sikap amanah dalam setiap pekerjaanya sama ada melibatkan urusan peribadi ( melaksanakan tanggungjawab  kepada Allah) atau urusan kemasyarakatan.    

2.Tekun 

   -Setiap pekerja akan dapat meningkatkan kecekapan sekiranya mereka tekun dalam  menjalankan tugas.


3.Ikhlas

-Niat yang baik bermaksud niat untuk menyara diri, keluarga, memberi manfaat kepada masyarakat dan lain-lain.


4.Cekap dalam melaksanakan tugas

-Pekerja yang baik mampu mempamerkan kerjanya dengan sempurna dan sentiasa membaiki mutu kerjayanya dari semasa ke semasa sesuai dengn perkembangan & tuntutan semasa 
 






5.4 TANGGUNGJAWAB MAJIKAN DALAM ETIKA KERJA DALAM ISLAM

  TANGGUNGJAWAB MAJIKAN





   Benarkah majikan yang mementingkan etika kerja menurut islam dapat melahirkan sebuah organisasi yang berjaya dan cemerlang ?


Ye betul, bukan sahaja dapat melahirkan sebuah organisasi yang berjaya dan cemerlang bahkan pula mendapat keberkatan  daripada Allah SWT.
   




Antara tanggungjawab majikan adalah :                                      

                                            

1.Pemilihan Pekerja yang Berkelayakan 

 -Majikan perlu memilih pekerja yang benar-benar sesuai dan layak dengan tugas yang bakal diberikan kepadanya.
-Majikan perlu memilih pekeja yang terdiri daripada pekerja islam. Hal ini kerana, hanya pekerja islam yang dapat memahami dan boleh mempraktiskan segala kerja yang diamanahkan berdasarkan ajaran yang ditetapkan islam.
  

2.Pemberian Ganjaran yang Berpatutan 

 -Seorang pekerja seharusnya mendapat upah atau gaji yang berpatutan dengan tugas yang dilakukan mereka. 
-Perbuatan mengeksplotasi & mengkhianati pekerja dengan membebaninya lebih daripada yang  sepatutnya adalah bercanggah dengan prinsip dan etika islam.Hubungan antara majikan dengan pekerja ialah jalinan silaturahim yang kukuh & mesra supaya suasana harmoni & peradaban akan terserlah dalam sebuah organisasi kerja. 


3.Menunaikan Hak kebajikan kepada pekerja : 

-Majikan harus memberi ihsan, belas kasihan, bertimbang rasa, bertolak ansur & berperikemanusiaan terhadap pekerjanya.
-Tujuan kebajikan dalam islam adalah untuk meringankan beban yang ditanggung & mengurangkan tekanan psikologi pekerja dalam menghadapi masalah peribadi yang mempengaruhi prestasi kerja mereka.




4. Pengawasan & Kawalan Pekerja
 -Prinsip ini memberikan hak kepada pengurus untuk mengawal prestasi  & kelakuan pekerja semasa mereka bekerja
 -Pekerja yang malas akan mengambil kesempatan melakukan kerja yang tidak berfaedah kepada organisasi sekiranya tidak diawasi seperti melayari internetv, tidak produktif atau sengaje melengeg-lengehkan kerja. 

   




KEPENTINGAN ETIKA



      Etika penting semasa mengendalikan tatacara kehidupan manusia dalam menguruskan individu,keluarga,organisasi dan masyarakat bagi memastikan kesejahteraan dan kebahagiaan.Justeru,kepentingan etika dilihat dalam konteks sejagat melalui individu,keluarga,organisasi dan masyarakat.


INDIVIDU  

Individu yang beretika mendapat kebaikan fizikal,ketenangan jiwa dan perasaan.Individu yang beretika juga dapat membina sahsiah diri ataupun keperibadian yang baik kerana beliau memelihara dirinya dengan sifat-sifat yang terpuji.Masyarakat mengiktirafnya sebagai orang yang berbudi tinggi.


KELUARGA

Etika memainkan peranan yang penting dalam pembentukan keluarga yang beretika.Ikatan yang erat berdasarkan etika kekeluargaan yang sedemikian dapat mewujudkan keharmonian.Oleh yang demikian,keamanan dan keakraban rumah tangga dapat menjamin keutuhan keluarga.
  
 ORGANISASI

 Etika berperanan penting dalam menentukan kestabilan organisasi.Ia dapat memelihara nilai-nilai murni organisasi
 dengan sikap bertanggungjawab dan prihatin pada kebajikan masing-masing.Ia juga dapat memantapkan kestabilan,seterusnya mempertingkatkan produktiviti,meningkatkan kredibiliti dan reputasi serta menjamin perkembangan yang berterusan 

 MASYARAKAT

Kepentingan etika dalam sesebuah masyarakat tidak dapat dipertikaikan kerana ia dapat memelihara keamanan,keadilan dan kesejahteraan yang berterusan.Masyarakat yang beretika juga dapat membentuk persekitaran yang sihat dan menghindari masalah-masalah sosial seperti pembuangan bayi,rompakan,penyeludupan barangan haram dan seumpamanya.


              

KOMUNIKASI LISAN DAN BUKAN LISAN & ETIKA KOMUNIKASI DALAM ISLAM

DEFINISI KOMUNIKASI ➦ Secara umum , komunikasi adalah proses penyampaian atau pemindahan masej daripada seorang kepadi yang lain. Ia ...